Wednesday, November 7, 2018

Penawar herba ladapahit

ladapahit  atau nama saintifiknya Brucea javanica ( amarissina ) dari jenis pokok renek kecil ketinggian tidak melebihi 7 meter. Kandungan semua bahagiannya pahit( paling pahit ialah biji diikuti akarnya ). Bijinya mempunyai 50% minyak tetap. isi bijinya mrngandungi yatanin dan yatanosid. Kandungan lain ialah brucamarin, brusealin, brusatol, bruseantin, bruseajavanin, glukosa dan kosamin. Bahan didalam bijinya amoeba yang menyebabkan penyakit disenteri. Yatanin membunuh protozoa tetapi tidak bertoksik kepada manusia. Antioksidannya yang tinggi amat berkesan untuk mengawal dan menghapuskan redikal dalaman badan.Dos yang terkawal juga menentukan sama ada yatanosid bertoksik atau tidak. Gliukosid kosmin membunuh nematod, mempunyai kesan antibiotik dan menghalang darah membeku atau likat. Bruseantin berkesan sebagai antiamoeba, antikenser dan antimalaria juga amat berkesan penawar tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung, demam terutama demam denggi, sakit-sakit sendi dan disenteri.Menurut kajian Ketua Institut Sains Biologi Universiti Malaya, Prof. Mohamed Abdul Majid, pokok ini sememangnya mempunyai khasiat tersendiri dari segi perubatan herba khususnya dalam merawat cirit-birit, demam, penyakit kulit, sakit sendi, anti kenser juga mencairkan kepekatan darah dari kepahitannya.





No comments:

Post a Comment

MULTIVITAMINA UNTUK KECERGASAN

RM49.90 3BULAN VITAMINA